Sunday 3 April 2011

Nota Perdagangan(Bab3)

Perniagaan Dalam Negeri(BAB3)

• aktiviti membeli dan menjual barang & perkhidmatan - antara penduduk dalam sesebuah negara. 
• Contohnya, kedai runcit, bazar dan pasar raya. 
• terdiri drpd dua - perniagaan borong dan perniagaan runcit.

#Saluran Agihan:
-maksud saluran agihan
proses pengedaran barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir tepat pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai 

#Bentuk Saluran Agihan:

1. PENGELUAR - PEMBORONG - PERUNCIT – PENGGUNA
• Barang yang sesuai - barang keperluan dapur (bernilai kecil dan diperlukan dalam kuantiti kecil) 
2. PENGELUAR - EJEN - PERUNCIT – PENGGUNA
• hasil penerbitan seperti surat khabar, majalah 
3. PENGELUAR - PEMBORONG – PENGGUNA
• bahan pembinaan rumah seperti batu-bata dan simen.
4. PENGELUAR - PERUNCIT – PENGGUNA
• barang-barang yang memerlukan khidmat nasihat pakar dan barang-barang tahan lama 
5. PENGELUAR - EJEN – PENGGUNA
• barang pengguna spt barang kosmetik, pakaian 
6. PENGELUAR – PENGGUNA 
• barang yang tidak tahan lama - hasil pertanian, barang tempahan khas – pakaian individu , barang bemilai tinggi - kapal terbang & perkhidmatan profesional - doktor 


#Faktor Pemilihan Saluran Agihan :

1. Jenis barang 
barang cepat rosak – pengeluar - pengguna
barang elektrik yang tahan lama – melalui pemborong & peruncit
2. Sasaran pasaran 
dikenal pasti - dibekalkan terus oleh pengeluar
belum dikenalpasti - melalui pemborong & peruncit
3. Liputan pasaran
luas - perkhidmatan pemborong, peruncit dan ejen dikehendaki oleh pengeluar
terhad - pengeluar sendiri boleh memasarkan
4. Keupayaan pengeluar
syarikat besar - menyediakan saluran agihan sendiri
Syarikat kecil - bergantung kepada pemborong dan peruncit
5. Kos pengangkutan
menyediakan kenderaan sendiri – kosnya tinggi
syarikat besar - mampu biaya
Syarikat kecil – kurang mampu 


Perniagaan Runcit(BAB3)

#Fungsi Peruncit:

1. MEMECAHKAN PUKAL
• menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada pengguna akhir. 
2. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KREDIT
• kepada pelanggan tetap
3. PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN
• menghantar barang ke rumah 
4. MEMBERI KHIDMAT NASIHAT DAN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
• cita rasa dan sambutan pengguna - berguna kepada pengeluar - mutu produk 
• menasihati pengguna - mutu, harga dan cara guna serta produk terbaru 
5. MENDIRIKAN PREMIS PERNIAGAAN BERHAMPIRAN PELANGGAN
• mudah dikunjungi - menjimatkan kos pengangkutan dan masa.
6. MENGURUS STOK
• memastikan bekalannya sentiasa mencukupi 
7. MELAKUKAN KERJA-KERJA AKHIR
• menggred, menimbang, membungkus 
8. MENGAGIHKAN BARANG-BARANG
• berperanan sebagai orang tengah antara pengguna dengan pemborong atau pengeluar

#Jenis Perniagaan Runcit :
perniagaan runcit terdiri drpd perniagaan runcit kecil-kecilan dan besar-besaran.
• perniagaan runcit kecil-kecilan terdiri drpd peruncit tanpa kedai dan berkedai
• peruncit tanpa kedai terdiri drpd penjaja dan pegerai
• peruncit berkedai terdiri drpd pekedai am dan pekedai khusus
• perniagaan runcit besar-besaran pula terdiri drpd pasar raya, gedung aneka jabatan, pasar raya besar, kedai sejaras dan koperasi runcit 
• bentuk lain peruncitan terdiri drpd mesin peruncitan automatik, pesanan mel, francais, jualan langsung, e-dagang, televisyen interaktif dan kedai katalog.

#Ciri Perniagaan Runcit Kecil-kecilan:

1. MODAL YANG KECIL
• diperoleh daripada simpanan peruncit sendiri atau pinjaman daripada ahli keluarga, sahabat handai dan bank

2. DIMILIKI OLEH SEORANG PENIAGA ATAU BERKONGSI.
• Urusan perniagaan - dikawal oleh pemilik sendiri. 
• menikmati pelbagai faedah seperti semua keuntungan
• cukai pendapatan yang dikenakan rendah

3. MUDAH DITUBUHKAN
• tidak terdapat banyak peraturan
• memerlukan modal yang kecil
• perlu mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan, 
• dan lesen perniagaan daripada kerajaan tempatan 

4. MUDAH DIURUS
• kerana saiznya yang kecil
• dikendalikan oleh pemilik sendiri, ahli keluarganya atau pembantu

5. LOKASI PERNIAGAAN
• berdekatan tempat tinggal pelanggan 
• menjual dari pintu ke pintu

6. LAYANAN PERIBADI
• penghantaran barang ke rumah, pembaikan dan pemasangan barang 

7. KOS OVERHED YANG RENDAH 
• tidak perlu membayar sewa, cukai perniagaan yang tinggi atau iklan yang mahal.




#Jenis Perniagaan Runcit Kecil-kecilan:
 *Peruncit tanpa kedai[xmempunyai premis tetap,brgerak,milikan tunggal,prlu dptkan lesen drpd  
   kerajaan tempatan.
 • Pegerai - gerai kecil di suatu lokasi yang tetap - di kaki lima, pasar besar
 - Terdiri drpd gerai tetap dan gerai sementara.
 • Penjaja - secara bergerak dari satu tempat ke tempat lain 
 - berjalan kaki atau berkenderaan.
 - contoh - penjual ais krim dan roti.
*Peruncit berkedai[mempunyai premis tetap,dikampung/bandar,milikan tunggal/p'kongsian,
  mendaftar dgn Pendaftar Perniagaan]
 • Kedai am - kedai yang menjual pelbagai jenis barang. 
 - Contohnya, kedai runcit 
 • Kedai khusus - kedai yang menjual satu jenis atau sekumpulan barang atau menyediakan perkhidmatan khusus. 
 - Contoh kedai khas ialah kedai buku Popular atauKedai gunting rambut 

#Peruncit besar-besaran:
-maksud peruncit besaran-besaran
• perniagaan runcit yang beroperasi dalam skala yang besar
• terletak - kawasan bandar.
• berbentuk - syarikat berhad dan bermodal besar.


#Ciri2 peruncit besar-besaran:• Modal– besar, dikumpul melalui terbitan syer
• Penubuhan – rumit, Akta syarikat 1965
• Belian - membeli stok secara pukal terus daripada pengeluar.
• Jualan – tunai, elak hutang lapuk
• Pengurusan - lebih rumit dan sukar - saiz organisasi yang besar - di bawah kakitangan profesional - pengkhususan, teknologi - moden
• Kemudahan - untuk keselesaan pelanggan - iringan muzik, tandas, hawa dingin

#Perbezaan :
• Modal
• Pemilikan
• Penubuhan
• Pengurusan
• Cara belian
• Cara jualan
• Layanan
• Lokasi
• Kos overhed
• Perkhidmatan lepas jualan
• Kemudahan



BELOM TAMAT,DAH XLARAT-GOOD 

LUCK

               

No comments:

Post a Comment